PENGENALAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang I
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang I
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Apabila
diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi
Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat
bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan
globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya
selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru
kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya
negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.
negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.
Fenomena
yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan
kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya,
pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat
menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan
dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak
dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang
selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
KEMUNCULAN
TAMADUN BARAT
Munculnya
tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun
Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753
sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan
kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad &
Abdullah Sulong, 2005 : 95).
Tamadun
Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun
Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamaduntamadun yang
lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun
Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi.
Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as
kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.
Politik
Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana
politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan
ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara
mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai
ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan.
Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk
memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah
banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan
buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang
terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu
daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great)
merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan
kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).
Zaman
penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia
menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik
ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun
Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar
iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD
Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang
berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di
bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan
jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi
kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja
& Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).
Empayar
Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga
tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan
digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun
keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar
meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah
disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri
daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia
(Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).
Kejatuhan
empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaankerajaan orang
gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom
Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne.
Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom
(Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi).
Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian
untuk merebut Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat
dan Eropah melihat kemajuan orang Islam.
Sebagai
kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans pada abad
ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme,
individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan
yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan
pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal
(Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan
negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut
merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada
dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.
Kesan
langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir
dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul
negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan
suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad
berikutnya.
INTERAKSI
TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT
Pertembungan
Tamadun Islam dengan tamadun Barat adalah melalui beberapa saluran seperti
perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Orang Arab
memang terkenal dalam bidang perniagaan sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri
adalah contoh utama dalam bidang perniagaan. Baginda pemah berniaga hingga ke
negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam, baginda sempat melihat tamadun orang
Kristian di sana.
Hubungan
Tamadun Islam dengan tamadun Barat dan Eropah menjadi semakin dekat apabila
muncu1nya pemerintahan Islam di kawasan Afrika Utara. Sempadan antara Afrika
Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean di mana melaluinya orang Islam
merentas ke Sepanyol dan Sicily seterusnya ke Portugal serta selatan Perancis.
Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi pintu masuk kepada elemen-elemen
daripada tamadun Islam dan Eropah kerana di situlah berlakunya pertembungan
kebudayaan dan intelektual (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 98).
Kaum pedagang, paraintelek dan tokoh-tokoh agama daripada kedua-dua pihak
sering berulang-alik antara negeri-negeri tersebut. Di situ terdirinya
institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi buku ilmiah hasil karangan
tokoh-tokoh Islam.
Banyak
pelajar dari Eropah dan Barat yang mengikuti pengajian dan pendidikan di
institusi pendidikan Islam ini antaranya di Andalusia dan Toledo. Selain us aha
pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yang dinamakan Mudejars yang
berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu
pengetahuan Islam pada masyarakat Barat.
Perkembangan
Tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam di
sebelah timur yang yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-tokoh Islam di
kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan Bait al-Hikmah
iaitu institusi yang menterjemah karya ilmiah daripada bahasa Yunani seterusnya
diperkembangkan oleh orang Islam dan dipindahkan ke Barat (Mahayudin Haji
Yahaya, 2001 : 378). Era kecemerlangan Tamadun Islam berlangsung seiring dengan
Zaman Kegelapan (Dark Age) di Eropah. Semasa Tamadun Islam berada dalarn
kegemilangan, tamadun Barat masih dalam keadaan yang mundur. Tetapi proses
penghijrahan dan perpindahan ilmu Islam ke Barat telah merubah segalanya.
Proses perpindahan ilmu secara aman menerusi penubuhan banyak institusi
pendidikan Islam di Barat akhirnya telah berubah secara perang dengan
berlangsungnya Perang Salib.
Perang
Salib yang berlaku antara orang Kristian Eropah dengan orang Islam selama 200
tahun lamanya antara tahun 1097 hingga 1270 Masihi telah meninggalkan kesan
yang begitu mendalam. Perang yang berlaku di Palestine, Sepanyol dan Sicily
telah berjaya memindahkan khazanah ilmu ke Eropah yang menjadi faktor kepada
era kebangkitan di sana (Renaissance). Peperangan ini telah mematangkan
pemikiran orangorang Barat yang ketika itu masih dalam kemunduran (Azhar
Muhammad & Abdullah Sulong,2005 : 98).
Perkembangan
ilmu Islam dan sikap keterbukaan Tamadun Islam telah berjaya memperkenalkan
Islam di mata dunia dan menjadi penyebab kepada era kebangkitan (Renaissance)
di Barat. Keterbukaan ilmu Islam telah menjadi pemangkin kepada lahirnya
kesedaran ilmu di Barat yang pada ketika itu dalam kegelapan dan kemunduran.
Justeru, tamadun Barat sebenarnya adalah tamadun baru yang lahir selepas
daripada tamadun Islam kesan pertembungan Tamadun Islam di Barat sarna ada
secara aman ataupun secara perang.
DEFINISI
HEGEMONI
Istilah
hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni
banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya
usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).
Secara
jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap
kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima
sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang
mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilainilai
moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).
Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi
kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi
hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak
yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982)
memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi
mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist class or its
representatives to gain state power and maintain it later. "
GERAKAN
HEGEMONI BARAT
Perluasan
pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk
mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan
pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru
berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan
kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah
menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususny'a negara
bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang (Azhar Muhammad &
Abdullah Sulong, 2005 : 99) :
(a)
Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian
senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.
(b)
Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
(c)
Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke
Barat.
Hegemoni
Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka
menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk
bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama
peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia.
Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan so sial
menggunakan bahasa Inggeris sebagai utama. Barat juga mampu mendominasi dunia
dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia.
Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)
dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika
Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata
wang dunia.
Satu
lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas dunia
ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan
Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang
terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam
pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya
perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Penjajahan atau
dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya apabila Amerika
telah menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas. Ini jelas
terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World
Trade Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam
al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang
bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah
menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin
menghapuskan kumpulan pengganas ini.
Terrorism
atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan
dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11
September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan
dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat
Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama
Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan.
Hakikatnya,
apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap dunia
mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam
kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan
sebagai pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu
pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk
terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan
tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya
sendiri.
Hari
ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh pengganas
Islam mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi rakyatnya
sendiri. Punca keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat dan
ternyata keruntuhan itu bukan disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang
'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan letupan yang dipercayai diletakkan
di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan
tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat
letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20).
Tragedi
11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk mengebom
Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeda
yang dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media yang berat sebelah dan
tanpa siasatan telah menuduh Osama bin Laden secara tidak langsung umpama
menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis Barat di mana
sikap dan media mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan
amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan
menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti
kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar-besarkan
isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002: 5).
Walaupun
terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan penganut
agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka ini terlepas
dari dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika. Contoh yang
begitu ketara, korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb, walaupun sudah
terbukti dan bilangan mangsa yang jauh lebih ramai tetapi tindak balas Amerika
tidak secepat dan sedahsyat yang dilakukan terhadap puak Islam Taliban. Barat
umpama memberi ruang yang cukup kepada puak Serb untuk membelasah umat Islam
Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara Islam di tengah benua Eropah (Pahrol
Mohamad Juoi, 1998 : 2).
Walaupun
negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali mengingatkan dunia
untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang siapakah pengganas
dan mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun suara itu tidak
diendahkan. Bukan Barat tidak tahu tetapi tidak mahu menganalisa perkara ini
secara adil. Dan untuk kesekian kalinya, Islam seolah-olah diletakkan di kandang
pesalah, didakwa dan disabitkan dalam mahkamah yang diadili oleh Barat dan
kuncu-kuncunya. Barat sebenamya bukan mencari keadilan tetapi sekadar mencari
alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negaranegara Islam. Inilah
antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam meluaskan pengaruhnya ke
dunia-dunia bukan Barat.
PERLUASAN
HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA
Amerika
Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam
diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah
dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di
Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat. Dan dalam masa
yang sarna Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan
kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia.
Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah
dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol.
Selepas
berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika
Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati
peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negaranegara
lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi
sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya
menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya.
Sarna ada disukai atau tidak, kedaulatan sesebuah negara semakin mudah dicabuli
(Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19).
Hegemoni
iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika
Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti
dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan
ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen
globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika
juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek
ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan
kecemburuan Amerika Syarikat untuk menebus pasarannya.
Dalam
melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak
asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara lain
dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi
negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya
sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti
Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya
percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi
pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22).
Amerika
Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan antarabangsa
akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang menguntungkannya, sarna ada
dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin
kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia,
demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong
yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45).
Malaysia
juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat. Bermula dengan
penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat
menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial
masyarakat Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula
tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama
meninggalkan Tanah Melayu dan Tanah Melayu telah lama merdeka, namun dasardasar
Inggeris masih digunapakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat
hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat secara jelas hegemoni Barat ke atas
Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia Islam lain menerusi tindakan
ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak
zaman kolonialisme masih terus kita rasai.
KESIMPULAN
Kebangkitan
tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru
kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam.
Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan
kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk
kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan
pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya
ternyata hanya retorika mereka sahaja.
Bagi
mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai
tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lainlain.
Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar
yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan
ditindas
"melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.
"melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.
Inilah
senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya
Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan.
Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah
mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.
mohon copy
ReplyDelete