Friday 20 April 2012

BAB 2 : Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina & India)



Sejarah interaksi tamadun Melayu dan tamadun China
Zaman Pra-penjajah Barat
Hubungan China dengan Alam Melayu wujud sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M.). Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui jalan laut dari Alam Melayu  seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, Jawa. Hubungan paling gemilang ialah antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud apabila Laksamana Cheng Ho seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403. Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Interaksi antara tamadun Melayu dengan China tidak banyak meninggalkan kesan mendalam ke atas tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan China tidak didorong oleh perasaaan hegemoni malah saling hormat-menghormati.
Zaman Penjajahan Barat
 Sebelum kedatangan British, masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaaan, jumlah mereka membantah ramai setelah Inggeris ambilalih Pulau Pinang dan Singapura serta penubuhan Negeri-Negeri Selat. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sector perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut Kelang dan Kuala Lumpur dan orang Cina bekerja di lading lada dan gambir setelah dibawa masuk ke Johor melaui system Kangchu. Namaun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas kerana dasar perintahan Inggeris yang memisahkan penempatan antara kaum. Orang Cina ditempatkan di Bandar yang merupakan kawasan yang berdikari dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan oprang luar untuk kelangsungan hidup mereka. 

Kesan interaksi Tamadun China dalam Tamadun Melayu 
Bahasa dan Kesusasteraan :
Bakmi, me, mesua, cincau, taugeh, kekwa, koyok, gincu, Loting, pangkin, loceng, apek, nyonya, taukeh, kongsi, kicak dan lain-lain.
Budaya dan kesenian : kemunculan komuniti Baba dan Nyonya di Melaka dan komuniti Cina peranakan di Kelantan.

Sejarah Tamadun Melayu dan Tamadun India
Zaman Pra-penjajah Barat
Awalnya, pengaruh India mula sampai di Langkasuka, Kedah,Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenajung, Kam-to’-li di Sumatera, Tamura di Jawa. Kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat. Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golonmgan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka antaranya Tun Ali.
Zaman Penjajahan Barat
 Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Kebanyakan mereka orang Tamil dan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh dan bekerja sebagai buruh di lading tebu, kopi dan teh. Pendatang India dari Ceylon dan Malayalee bekerja sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia lading-ladang. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin meningkat menjelang tahun awalabad ke-20. Mereka ini berbeza dari pendatang pada zaman kesultanan Melaka yang lebih tinggi kelasnya. Oleh itu, kesan mereka ke atas masyarakay dan budaya Melayu amat minimum.
Kesan Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun India
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Berlaku pinjaman dari bahasa Sankrit dan bahasa Tamil yang disesuaikan dengan fonologi,morfologi bahasa melayu. Contoh kata pinjaman Sanskrit : bhumi – bumi ,bhakti – bakti , nagaram – negara. Contoh kata pinjaman Tamil : kappal – kapal, mampalam – mempelam , ammaa – emak .
Kesusasteraan Melayu mendapat pengarut daripada India contoh : Hikayat Seri Rama dan Mahabrata, lagenda Raja Suran dan sebagainya.
Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-Raja Melayu
Institusi pemerintahan raja-raja Melayu diserapi konmsep Hindu – Buddha dengan meletakkan legimitasi ke atas golongan pemerintahan bangsawannya. Penggunaan nama gelaran pemerintahan atau pembesar negeri seperti Sri Nara Diraja.
Adat Resam dan Hiburan.
Penmgaruh Hindu ketara dalam adat resam Melayi dalam sioal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, bopria, wayang kulit dan mak yong.
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun  
Teologi
Persamaan : semua ada konsep ketuhanan kecuali Buddha ( falsafah moral ). Ada doktrin dalam kitab suci – Islam ( al-Quran ), Hindu ( Veda ), Kristian ( New Testament ), Yahudi ( Old Testament ). Konsep karma : pembalasan setimpal (Buddha dan Hindu).
Perbezaan : manifestasi ketuhanan pula Islam ( Tuhan Yang Esa ), Kristian ( Triniti ), Hindu ( Politiesme ). Konsep ‘kelahiran semula’ hanya dalam agama Hindu.

Alam Sekitar
Persamaan :  Islam, Buddhisme, Kristian : pelihara alam sekitar sebagai anugerah Tuhan.
Perbezaan : tamadun tradisional melihat alam sebagai suatu pasif hingga ianya disembah sebagai Divine Power namun tidak memusnahkan alam.
Keluarga
Persamaan : keluarga merupakan unti asas pembentukan masyarakat dalam setiap tamadun dan agama.
Perbezaan : konfucianisme pula merupakan pengabaian terhadap keluarga bertentangan dengan keadilan. Pentingkan hubungan ‘li’ : maharaja dengan rakyat, bapa dengan anak, abang dengan adik, suami dengan isteri, kawan dengan kawan. Menurut Islam, kasih saying dan hormat-menghormati berasaskan hak dan tanggungjawab.
Komuniti
Persamaan :  identity individu terbentuk daripada komunitinya seperti pandangan semesta, pemikiran.
Perbezaan : menurut Islam, komuniti bukan hanya kekeluargaan/kekerabatan namun sesame agama (ukhuwah). Tamadun India Awal, system kassta yang rigid, upacara ‘sutti’. Komuniti Tamadun China, unit keluarga lebih penting daripada komuniti. Pemusatan kuasa kepada bapa, system kelas berasaskan pendidikan.
Kerajaan
Persamaan : moraliti dan akhlak asas kerajaan dan raja gelaran tertinggi.
Perbezaan : menurut Islam, tiada pemisahan antara agama dan politik, keadilan dan syurga prinsip utama. Tamadun Melayu, kesetiaan kepada Raja, jangan menderhaka. Tamadun China, Confucius merupakan pemerintahan berperanan seperti bapa kepada rakyat.
Ekonomi
Persamaan : berlangsung dalam konteks moral semesta / universal moral.
Perbezaan : Buddha, hak kehidupan berasaskan ‘ Eight Fold Path”. Islam, prinsip halal haram berasaskan akhlak. Contohnya, haramkan riba kerana tidak berakhlak. Tamadun China, falsafah Konfusianisme yang pentingkan golongan petani.
Pendidikan
Persamaan : asas membentuk peribadi dan sifat individu. Transformasi dalaman mesti berlaku sebelum menguasai persekitaran luar.
Perbezaan : tamadun Islam, konsep tauhid asas kepada transformasi dalaman manusia. Ajaran Buddha dan Hindu, transformasi sifat dicapai menerusi proses mencari diri sendiri.

No comments:

Post a Comment