Friday 20 April 2012

BAB 8 : GLOBALISASI BARAT




PENGENALAN
Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan demi perubahan berIaku dengan begitu cepat dan pesat lebih-Iebih lagi dengan tercetusnya gelombang evolusi maklumat yang berterusan. Evolusi maklumat yang berterusan ini menjadi penggerak dan generator kepada perubahan dunia hari ini. Menerusi penyebaran maklumat yang meluas ini manusia mampu mengenali budaya asing dan amalan sosial masyarakat dari segenap pelusuk dunia tanpa halangan. Apa jua yang berIaku kepada dunia seperti gempa bumi di Indonesia, peperangan di Iraq, serangan pengganas terhadap W orId Trade Centre dan apa jua peristiwa dunia, dengan mudahnya tersebar ke segenap pelusuk dunia dalam jangka waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi.
Globalisasi adalah produk yang dihasilkan di Barat di mana Barat merupakan pengasas kepada perkembangan teknologi maklumat. Kerana Barat yang mempelopori apa itu globalisasi dan Barat yang menguasai sumber maklumat dunia tentunya globalisasi dunia yang sedang berIangsung pada hari ini lebih menyebelahi mereka. Berbagai agenda telah dan sedang dirancang oleh Barat bagi menyebarIuaskan fahaman dan pegangan mereka dalam apa jua bidang. Bagi mereka fahaman globalisasi ala-Barat perIu dapat tersebar dan menyerap masuk ke dalam diri masyarakat dunia tanpa pengecualian. Sebagai salah sebuah masyarakat penduduk dunia yang kerdil, kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari segenap aspek cabaran, implikasi dan trend globalisasi ala-Barat yang semakin rancak dan tidak terkawal. Kita seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan nilai jati diri tidak akan tergugat dan tergadai. Kita tidak harus menolak kedatangan globalisasi, tetapi kita harus berani, yakin dan tegas dalam mempertahankan jati diri sementara kita terus berinteraksi dengan dunia global.

DEFINISI GLOBALISASI
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.
Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sarna dan seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undang­undang globalisasi yang sarna. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, kesannya dunia tidak lagi mempunyaisempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta dunia bahkan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat tanpa melibatkan perbelanjaan yang banyak.
Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Globalisasi pula didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cendekiawan Barat secara umumnya memberi takrifan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia secara milik bersama.
Sarjana-sarjana telah memberikan pelbagai definisi terhadap globalisasi. Kenichi Ohmae (1991) berpandangan bahawa tamadun manusia kini memasuki era 'borderless world' iaitu dunia tanpa sempadan. Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan. Nurcholish Majid (1996), mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan umat manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja.
Umumnya, globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat difahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh alam buana ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global ini, hubungan adalah cepat dan rapat. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi elektronik yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah satu tatacara or de dunia baru yang dikatakan akan menggantikan sistem dunia dewasa ini. Melalui globalisasi, dunia dilihat tiada batasan sempadan (borderless world), ketelusan (transparent), internationalism dan lain-lain lagi yang menjurus kepada persaingan yang drastik dalam apa jua keadaan. Dunia dilihat sebagai satu fenomena di mana semua penduduknya mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing dalam semua bidang kehidupan (Amirudin Sadali, 1999: 177).
Secara komprehensif, globalisasi juga didefinisikan sebagai suatu himpunan pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan bergantungan sifatnya (Osman Bakar, 1998 : 6)
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN
Setelah membincangkan tentang definisi globalisasi, jelas bahawa globalisasi ini merujuk kepada kehidupan yang lebih meluas merangkumi pelbagai isu dan aspek termasuk di dalamnya ekonomi, politik, budaya dan sosial. Setiap isu globalisasi yang disentuh ada membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama membawa kepada keburukan. Isu-isu inilah yang memberi sedikit sebanyak kesan kepada peradaban manusia dari segala aspek.
Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa terdapat lapan aspek positif globalisasi:
(1) Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
(2) Peningkatan mobiliti so sial dan pengukuhan kelas menengah.
(3) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.
(4) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.
(5) Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi.
(6) Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakmanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.
(7) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
(8) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial. Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah:
(1) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.
(2) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
(3) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara selatan.
(4) Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
(5) Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri.
(6) Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai­ nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.
(7) Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.
(8) Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan paneaindera dan mematikan roh" .
(9) Keeenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan
kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
(10) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
(11) Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
(12) Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
(13) Pengantarabangsaan penyakit.
Apa yang disenaraikan baik dan buruk globalisasi di atas, menjelaskan bahawa sebenarnya globalisasi ini memberikan kesan sarna ada berbentuk positif atau negatif dalam segenap dimensi. Namun, apa yang lebih ketara ialah globalisasi banyak memberi pengaruh kepada dimensi ekonomi. Globalisasi ekonomi dilihat banyak memberi kesan yang negatif dan secara tidak langsung mampu memberi kesan terhadap dimensi-dimensi lainnya. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang berteraskan kapitalisme. Globalisasi ekonomi yang menggunapakai satu peraturan ekonomi dunia yang seragam menjadikan kapitalisme sebagai asas di mana ia berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas tanpa dikawal oleh nilai-nilai sahsiah murni serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Ini yang secara jelas membawa kepada kesan negara yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya serta meletakkan jurang perbezaan ekonomi yang jauh antara dua negara miskin dan kaya.
Dari'segi globalisasi maklumat dan ilmu, secara positifnya memberi peluang yang lebih luas kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berdasarkan kecanggihan teknologi baru komunikasi dan maklumat tanpa melibatkan banyak koso Namun, kesan terburuk yang dinyatakan oleh Chandra ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Sedangkan Islam yang meletakkan ilmu sebagai sesuatu yang cukup tinggi dan mulia kedudukannya amat bencikan maklumat yang tidak berguna. la boleh membahayakan pembinaan masyarakat yang bermoral sekiranya ia tidak mampu dikawal dengan baik dan menghilangkan corak budaya berilmu yang sihat.
Dalam globalisasi sosial, secara negatifnya ia mampu membawa kepada penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia. Kesan juga dapat dilihat ke arah pembentukan budaya global yang homogen serta penyebaran budaya pop Amerika yang "menyegarkan pancaindera dan mematikan roh". Begitu juga dalam globalisasi politik di mana kita perlu menghadapi c~baran penyebaran fahaman demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita.
Semua kesan di atas yang menyentuh setiap dimensi dan aspek globalisasi serba sedikit memberi impak kepada peradaban. Perspektif peradaban adalah perspektif jangka mas a panjang. Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isu­isu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya. Juga perspektif peradaban lebih mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik budaya politik mahu pun budaya intelektual.
Dalam memastikan peradaban Malaysia ini mampu menangani arus globalisasi, kita harus meneliti segala baik buruk kesan daripada globalisasi ini. Peradaban Malaysia perlu mengekalkan nilai jati diri berteraskan peradaban Islam dan agama-­agama lain yang dianuti oleh kepelbagaian masyarakat Malaysia.
ISU-ISU GLOBALISASI
Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di duma ini dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer.
Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.

Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan hikmah dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna. Kita tahu bahawa lambakan maklumat yang tidak berguna ini amat mudah diakses dengan kecanggihan teknologi maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak benar dan tidak berguna ini sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita. Apa yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda dan remaja yang sedang meningkat naik.
Selain masalah bahaya maklumat yang tidak berguna ini, kita juga berhadapan dengan masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat. Jurang ini jelas ketara antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Untuk itu, kerajaan kita khususnya telah dan sedang membuat berbagai aktiviti bagi mendedahkan masyarakat di luar bandar akan kepentingan 'celik IT' dengan menyediakan berbagai bantuan dan kelengkapan komputer yang mampu menarik minat masyarakat luar bandar dan seterusnya mendedahkan mereka kepada dunia globalisasi.
Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (Utusan Malaysia, 15 April 2001 : 3).
Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan perusahaan melampui sempadan negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap :
(1) Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan bahan mentah.
(2) Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara.
(3) Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.

Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi pasaran. Serangan para spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang sesetengah negara jatuh merudum berbanding dengan Dollar Amerika. Umpamanya kita menyaksikan pada 2 Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi Asia di mana Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Usaha penyelesaian secara tradisional oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa buah negara yang ditimpa krisis juga menemui kegagalan (Ismail Awang, 1999: 152). Di Malaysia, kita masih'mampu bertahan kerana kebijaksanaan pemimpin kita dalam menyelesaikan kemelut ekonomi yang merudum ketika itu.
Di samping itu, Malaysia amat beruntung kerana dari aspek perdagangan kita mendapat faedah dari globalisasi dan turut mendapat faedah buruk. Ini kerana, harga eksport komoditi kadang kala boleh jatuh amat rendah dan kadang kala boleh memuncak dengan tinggi sekali. Malaysia mendapat faedah dari globalisasi kerana ia sebuah negara perdagangan. Kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Tetapi kepada negara lain seperti Afrika, industri mereka lemah dan sukar untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah. Inilah realiti dunia globalisasi ekonomi di mana negara yang bijak mencari sumber hasil negara dapat bersaing dengan negara maju manakala negara yang kurang sumber bahan asli dan kurang aset sukar untuk bersaing bersama negara maju dan mengakibatkan negara miskin terus miskin dan terpinggir dalam kelancaran arus globalisasi.
Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia.
Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena 'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat (Amran Muhammad et aI, 2001 : 419).
Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pad a hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi (Amran Muhammad et al, 2001: 419).
Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pad a zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Melalui pelbagai salman, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23).
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan­kesan globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84).
(3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992).
(6) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragarnan budaya dan gaya hidup.

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.
Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abad­abad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar menguntungkan negara-negara maju.

KESIMPULAN

Pada hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.

BAB 7 : HEGEMONI BARAT



PENGENALAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang I
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya
negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.
Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
KEMUNCULAN TAMADUN BARAT
Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).
Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamadun­tamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.
Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).
Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).
Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).
Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaan­kerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan orang Islam.
Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.
Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.
INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT
Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat adalah melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Orang Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh utama dalam bidang perniagaan. Baginda pemah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam, baginda sempat melihat tamadun orang Kristian di sana.
Hubungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat dan Eropah menjadi semakin dekat apabila muncu1nya pemerintahan Islam di kawasan Afrika Utara. Sempadan antara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean di mana melaluinya orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily seterusnya ke Portugal serta selatan Perancis. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi pintu masuk kepada elemen-elemen daripada tamadun Islam dan Eropah kerana di situlah berlakunya pertembungan kebudayaan dan intelektual (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 98). Kaum pedagang, paraintelek dan tokoh-tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri-negeri tersebut. Di situ terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam.
Banyak pelajar dari Eropah dan Barat yang mengikuti pengajian dan pendidikan di institusi pendidikan Islam ini antaranya di Andalusia dan Toledo. Selain us aha pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yang dinamakan Mudejars yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu pengetahuan Islam pada masyarakat Barat.
Perkembangan Tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam di sebelah timur yang yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-tokoh Islam di kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan Bait al-Hikmah iaitu institusi yang menterjemah karya ilmiah daripada bahasa Yunani seterusnya diperkembangkan oleh orang Islam dan dipindahkan ke Barat (Mahayudin Haji Yahaya, 2001 : 378). Era kecemerlangan Tamadun Islam berlangsung seiring dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di Eropah. Semasa Tamadun Islam berada dalarn kegemilangan, tamadun Barat masih dalam keadaan yang mundur. Tetapi proses penghijrahan dan perpindahan ilmu Islam ke Barat telah merubah segalanya. Proses perpindahan ilmu secara aman menerusi penubuhan banyak institusi pendidikan Islam di Barat akhirnya telah berubah secara perang dengan berlangsungnya Perang Salib.
Perang Salib yang berlaku antara orang Kristian Eropah dengan orang Islam selama 200 tahun lamanya antara tahun 1097 hingga 1270 Masihi telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Perang yang berlaku di Palestine, Sepanyol dan Sicily telah berjaya memindahkan khazanah ilmu ke Eropah yang menjadi faktor kepada era kebangkitan di sana (Renaissance). Peperangan ini telah mematangkan pemikiran orang­orang Barat yang ketika itu masih dalam kemunduran (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,2005 : 98).
Perkembangan ilmu Islam dan sikap keterbukaan Tamadun Islam telah berjaya memperkenalkan Islam di mata dunia dan menjadi penyebab kepada era kebangkitan (Renaissance) di Barat. Keterbukaan ilmu Islam telah menjadi pemangkin kepada lahirnya kesedaran ilmu di Barat yang pada ketika itu dalam kegelapan dan kemunduran. Justeru, tamadun Barat sebenarnya adalah tamadun baru yang lahir selepas daripada tamadun Islam kesan pertembungan Tamadun Islam di Barat sarna ada secara aman ataupun secara perang.
DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai­nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. "


GERAKAN HEGEMONI BARAT
Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususny'a negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99) :
(a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.
(b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
(c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.
Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan so sial menggunakan bahasa Inggeris sebagai utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.
Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas dunia ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya apabila Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas. Ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas ini.
Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan.
Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri.
Hari ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh pengganas Islam mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi rakyatnya sendiri. Punca keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat dan ternyata keruntuhan itu bukan disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang 'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20).
Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media yang berat sebelah dan tanpa siasatan telah menuduh Osama bin Laden secara tidak langsung umpama menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis Barat di mana sikap dan media mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar-­besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002: 5).
Walaupun terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan penganut agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka ini terlepas dari dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika. Contoh yang begitu ketara, korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb, walaupun sudah terbukti dan bilangan mangsa yang jauh lebih ramai tetapi tindak balas Amerika tidak secepat dan sedahsyat yang dilakukan terhadap puak Islam Taliban. Barat umpama memberi ruang yang cukup kepada puak Serb untuk membelasah umat Islam Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara Islam di tengah benua Eropah (Pahrol Mohamad Juoi, 1998 : 2).
Walaupun negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali mengingatkan dunia untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang siapakah pengganas dan mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun suara itu tidak diendahkan. Bukan Barat tidak tahu tetapi tidak mahu menganalisa perkara ini secara adil. Dan untuk kesekian kalinya, Islam seolah-olah diletakkan di kandang pesalah, didakwa dan disabitkan dalam mahkamah yang diadili oleh Barat dan kuncu-kuncunya. Barat sebenamya bukan mencari keadilan tetapi sekadar mencari alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negara­negara Islam. Inilah antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam meluaskan pengaruhnya ke dunia-dunia bukan Barat.

PERLUASAN HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA
Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat. Dan dalam masa yang sarna Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol.
Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negara­negara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya. Sarna ada disukai atau tidak, kedaulatan sesebuah negara semakin mudah dicabuli (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19).
Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menebus pasarannya.
Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara­negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22).
Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang menguntungkannya, sarna ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45).
Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat. Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama meninggalkan Tanah Melayu dan Tanah Melayu telah lama merdeka, namun dasar­dasar Inggeris masih digunapakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus kita rasai.
KESIMPULAN
Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja.
Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lain­lain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas
"melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.
Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.

BAB 6 : PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA



ASAS PEMBINAAN TAMADUN MELAYU
Pembinaan tamadun melayu diasaskan oleh sifat asasi orang Melayu dan pandangan semesta asas falsafah dan pemikiran. Sifat asasi orang Melayu yang mampu melahirkan peradaban Melayu ialah, konsep Melayu sebagai entity budaya merangkumi pelbagai kaum, etnik dan bangsa, asalkan beragama Islam, berbudaya Melayu dan berbahasa Melayu. Kedinamikan budaya Melayu yang terbuka dan mampu menyerap unsur-unsur positif dari luar. Kekuatan agama Islam yang menjadikan orang Melayu sentiasa berhubungan dengan kekuatan Ilahi.
AGAMA ISLAM, FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU ASAS PEMBINAAN TAMADUN MELAYU-ISLAM
Agama Islam, falsafah dan pemikiran Melayu adalah asas yang menegakkan binaan budaya dan Tamadun Melayu. Ia juga adalah hakikat yang mendasari akal dan nilai orang Melayu dan masyarakatnya. Ia dapat dimanifestasikan dalam bentuk perlakuan, adat resam, budi bahasa dan akhlaknya dalam semua aspek kehidupan sama ada secara individu mahupun secara kelompok.
Yang pertama ialah pembentukan akhlak. Pengamalan ajaran Islam dalam kalangan Melayu dapat dilihat melalui perlakuan dan akhlaknya. Masyarakat yang menghayati ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah adalah masyarakat yang berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai yang positif dalam kehidupan.
Yang kedua ialah adat resam masyarakat Melayu. Adat resam masyarakat Melayu dipengaruhi oleh ajaran Islam dan adat Melayu. Sejak lahir lagi masyarakat Melayu dididik dengan adat yang bersendikan agama. Agama Islam, falsafah dan pemikiran Melayu adalah penyumbang ke arah pembentukan pandangan semesta atau weltanschaung yang ada di dalam hati masyarakat Melayu.
PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang terbesar dalam menyumbang ke arah kelangsungan tamadun Malaysia. Peranannya dapat dilihat dalam Pembinaan Negara Bangsa, Pandangan Semesta Melayu Islam, Peranan Islam Sebagai Agama Rasmi dan Peradaban dan Budaya Melayu.
Perbinaan Negara Bangsa
Negara adalah suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Bangsa pula merujuk kepada kumpulan manusia dalam satu ikatan negara. Negara bangsa pula merupakan masyarakat pelbagai etnik, agama dan budaya mengamalkan sikap persefahaman dan toleransi dalam suasana yang harmoni. Orang Melayu perlu mengambilkira peranan penting kaum-kaum lain. Bahasa Melayu harus terus menjadi wahana budaya dan sebagai penyalur kebudayaan kebangsaan Malaysia.
Pandangan Semesta Melayu Islam
Tamadun Melayu adalah pemangkin kepada pembentukan pandangan semesta Malaysia berasaskan ajaran Islam. Tamadun Melayu Islam pada asasnya telah dibina di atas enam dasar pandangan semesta iaitu Islam Agama Wahyu, Allah Sebagai Pencipta, Konsep Pembalasan, Mementingkan Nilai, Konsep Kesederhanaan dan Konsep Akauntabiliti.
Peranan Islam Sebagai Agama Rasmi
Agama Islam dan adat Melayu penting dalam kelangsungan tamadun Melayu sebagai asas Tamadun Malaysia. Sejarah membuktikan bahawa Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka dan mampu membina sebuah institute, undang-undang dan jawatan pentadbiran. Islam mengatur segala aspek kehidupan manusia aspek-aspek seperti kepercayaan, peribadatan, pembentukan akhlak, mualamat dan munakahat. Islam bukan sahaja menjadi unsur dalam takrifan Melayu malah juga menjadi agama Persekutuan. Termaktub dalam Fasal 3 Perlembanganan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan. Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam Persekutuan.
Peradaban dan Budaya Melayu
Peranan budaya Melayu amat penting dalam usaha kelangsungan tamadun Malaysia. Budaya dan peradaban Melayu pemangkin kepada tamadun Malaysia jika mengamalkan ciri-ciri seperti Masyarakat yang Berilmu, Kekuatan Ekonomi dan Pengurusan Harta, Masyarakat Penyayang dan Toleransi.

BAB 5 : ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU



ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam perkembangaImya, tamadun Melayu semakin man tap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.
Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur­unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.
Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera. Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara (Majapahit) pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).
Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957 selain beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas itu.
Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya; Sultan Alauddin Riayat Syah (Sejarah Melayu (ed), 1948: 140) adalah seperti berikut:
“.. .hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkan
harta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau
periksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... “
Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:
Islam Datang Dari Tanah Arab
Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).
Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165).
Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.
Islam Datang Dari India
Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).
Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.
Islam Datang Dari China
Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). '
Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).
Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65).
KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut:
Agama dan Kepercayaan
Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu­Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan tara£. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.
Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).
Islam mengubah pandangan masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.
Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai mencetuskan suatu zaman baru. Perubahan yang dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan as as tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' Alam Melayu ini. Ledakan tauhid ini telah meninggalkan zaman kehidupan t Hinduisme dan Buddhisme yang tiba pada abad ke-4 dan ke-5M, di mana perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui jenis-jenis aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj. Md Aros, 2003 : 304).
Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah reIa menerima agama Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1992 : 29).
Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Tauhid juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Pencipta.
Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak dihapuskan sama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah: (Samri Sainuddin, 2004 : 38)
Kabul aku menawar ubat pontianak si anu
Kabul Allah
Kabul Muhammad
Kabul Baginda Rasulullah
Kabul berkat guru La ila ha ilallah, Muhammadar Rasulullah
Mentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam perubatan. Ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme (Abdullah Ishak, 1990 : 133-134).


Pendidikan
Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-­kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama­ulama Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).
Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat­tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.
Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitu mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan. Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lain­lain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak, 1990 : 142).
Bahasa Dan Kesusasteraan
Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-­lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.
Perundangan
Kedatangam agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar". Terdapat juga undang­undang yang berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-undang Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).
Politik Dan Pemerintahan
Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.
Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54).
Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkah­langkah yang diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil termasuklah (Zulkefli Haron, 2005: 81):
(a) Penghulu Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah.
(b)Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan.
(c)Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan.
(d)Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera.
(e)Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran.
(f)Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing.
Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).
Sistem Kekeluargaan
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik.
Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga'diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian.
Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).
Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak selringga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka.
Adat dan Cara Hidup
Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.
Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangs a yang berkenaaf':. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang­undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.
Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:
              I.                Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih
            II.                Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat
           III.                Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan berzanji
          IV.                Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat
            V.                Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan
Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:
Bunga cempaka baunya harum
Pelbagai kembang digubah indah
Adat bermula dengan hokum
Hukum bersandar di kitab Allah
Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu.