Friday 20 April 2012

BAB 4 : PANDANGAN SEMESTA ISLAM



Pandangan Semesta @ Tasawwur Tamadun Islam
Pandangan Semesta Ketuhanan
Wajib dimiliki oleh setiap insan. Tuhan dalam Islam ialah Allah. Tuhan dianggap sebagai Pencipta kepada semua makhluk. Kewujudan Tuhan dalam Islam adalah pasti dan semua benda yang wujud tidak boleh ada dengan sendiri melainkan adanya Pencipta iaitu Allah.
Pandangan Semesta Manusia
Untuk mengetahui hakikat manusia persoalan pada diri seperti siapakah kita, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Manusia adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang mempunyai jasad (pancaindera), roh (nyawa) dan akal (otak). Manusia pertama diciptakan ialah Adam a.s. yang dijadikan dari tanah, diikuti isterinya Hawa. Dari keduanya inilah lahir umat manusia dan berkembang menjadi pelbagai bangsa dan warna kulit. Manusia datang dari Tuhan yang menjadikan dan kepada-Nya juga kita akan kembali.
Pandangan Semesta Masyarakat
Masyarakat merupakan unsur terpenting dalam pembinaan tamadun kerana fitrah manusia yang lemah dan memerlukan pertolongan daripada orang lain. Untuk merealisasikan fungsi sebagai khalifah Allah di bumi melaksanakan Ainar Makruf ( mengajak melakukan kebajikan ) dan Nabi Mungkar ( melarang melakukan kejahatan ) setiap anggota masyarakat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap ahli masyarakatnya.



Prinsip Tamadun Islam
Memelihara Agama, kesucian agama Islam perlu dijaga dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan agama seperti amalan syirik, khurafat dan murtad. Memelihara nyawa, Islam tidak membenarkan kita menyerang orang lain hingga menyebabkan kematian atau kecederaan. Seseorang itu wajib mempertahankan diri sehingga ke akhir hayatnya. Memelihara Akal, akal yang dianugerahkan. Allah wajib dijaga dengan baik. Islam melarang memakan atau minum sesuatu yang boleh menyebabkan rosak akalnya, sama ada mabuk atau gila. Memelihara Maruah dan Keturunan, Islam mengajarkan umatnya menjaga maruah dan keturunan dengan tidak melakukan apa yang boleh menjatuhkan nama baik diri dan keluarga. Memelihara Harta, hendaklah dijaga dari kerosakan dan kehilangan termasuk pembaziran dan perjudian. Islam melarang pencerobohan ke atas harta orang lain seperti mencuri, memeras.
Matlamat Pandangan Semesta Islam
Hubungan Manusia dengan Allah, antara fitrah yang ada dalam diri manusia ialah mengakui adanya kuasa ghaib iaitu Tuhan dan manusia mengenali Tuhan melalui Rasul. Kebangkitan Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan amalan hidup yang berpaksikan kesyirikan kepada amalan ketauhidan.
Hubungan Manusia dengan Manusia, Islam mengaturkan perhubungan sesame manusia dengan menurunkan peraturan dan undang-undang yang tertentu demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri. Justeru itu, kesempurnaan masyarakat hanya dapt disempurnakan dengan adanya sifat tolong-menolong, kerjasama dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam.
Hubungan Manusia dengan Alam, Allah telah menetapkan undang-undangnya iaitu dipanggil Sunnatullah. Alam ini disediakan kepada manusia supaya manusia dapat merealisasikan konsep ibadat. Tugas manusia ialah menjaga keindahan alam dengan tidak melakukan kerosakan dan pencemaran.


Pandangan Semeste Tamadun Melayu (PSM)
PSM Zaman Pra-Islam, percaya kepada animism dan dinamisme. Anamisme ialah percaya kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat. Dinamisme ialah percaya kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan boleh mendatangkan kesan baik dan buruk kepada manusia. Percaya kepada roh nenek moyang dinamakan Hyang ( poyang/moyang ) dipercayai masih berada di keliling dan dapat member tenaga yang kuat untuk mempengaruhi mereka iaitu perlu dipuja dan disembah.
PSM Zaman Hindu-Buddha, dengan kedatangan agama Hindu-Buddha ke rantau Melayu, upacara penyembahan menjadi lebih tersusun dan formal. Namun kesan ini hanya dirasai oelh golongan bangsawan dan atasan dan tidak menyerap masuk ke lapisan bawahan yang masih mengamalkan animisme dan dinamisme. Membesarkan dewa-dewa melalui konsep dewaraja yang dikaitkan dengan status raja sebagai penjelmaan dewa dan kedudukan raja dikukuhkan melalui upacara keagamaan. Sistem kasta sedikit sebanyak menular dalam sistem sosial masyarakat Melayu yang menyebabkan jurang perbezaan antara golongan raja, bangsawan, agama, rakyat biasa.
PSM Zaman Islam, sebelum kedatangan Islam, PSM berpusat kepada manusia (man-centered). Kedatangan Islam pada abad ke-15 telah mengubah kepercayaan, corak hidup dan memantapkan PSM dan berlaku pentakrifan semula tentangnya. Konsep Tauhid mencakupi tawhid Rububiyyah iaitu percaya Tuhan yang Esa sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir yang tunggal bagi ala mini dan tawhid Uluhiyyah yang mengesakan Tuhan, tempat tumpuan, pengabdian, permintaan dan doa. PSM telah berubah kepada berpusat kepada manusia (man-centered) dan juga kepada Tuhan (God-centered) serta meyakini bahawa Allah SWT Yang Maha Berkuasa. PSM dibentuk berasaskan kepada hablumminallah iaitu hubungan manusia dengan Allah dan hablumminannas iaitu hubungan manusia dengan manusia.

1 comment:

  1. The Perfect Casino: Top Offers & Bonuses at
    The Best Casino bsjeon.net Offers. Casino Bonuses & Promotions. With septcasino an emphasis https://deccasino.com/review/merit-casino/ on casino games, the gri-go.com gambling https://septcasino.com/review/merit-casino/ industry is expected to explode

    ReplyDelete