Konsep tamadun:
Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan
tamadun, di mana secara umumnya membawa maksud pencapaian kemajuan dari segi
pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkah laku yang baik.
Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna
tamadun ialah baru dan muktahir iaitu new
and up to date. Menurut kamus dewan (1998), tamadun boleh didifinisikan
sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara
berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.
Definisi tamadun:
Istilah tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu tamaddun. Selain itu, terminologi yang
sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah,
Umran dan Madaniyyah atau sinonim
dalam bahasa Inggeris civilization. Semua
istilah tersebut beerti maju atau mencaa kemajuan.
Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada
perkataan maddana dalam bahasa Arab
yang bermaksud pembukaan bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi
perkerti. Daripada perkataan maddana
lahirnya perkataan madani yang
bermaksud pembangunan perbandaraan serta kehalusan budi perkerti yang terpuji.
Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah
kata terbitan daripada kata kerja maddana
yang bererti pemilihan lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu
kawasan hingga menjadi suatu perbandaraan. Manakala Ibrahim Mustafa et al.
(1989) memberi erti yang sedikit bebeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan
orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.
Tamadun
menurut sarjana barat:
1. Arnold Tonybee: suatu sistem masyarakat yang dapat
membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti yang mempunyai
empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
2. J.K. Fiebleman: Kepandaian mengeksploitasi material oleh
masyarakat.
3. E. B. Taylor: Rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat
dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
Tamadun menurut sarjana Islam.
1. Ibn khaldun: Kemuncak pembangunan yang berkait dengan
peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek
industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.
2. Muhammad Rasyid Redha: Agama ialah asas tamadun kerana
peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal.
Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.
Peningkatan kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan
agama atau sebaliknya.
3. Sayyid Qutb: Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan
yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan,
politik, ekonomi dan kebudayaan yang beteraskan syariat Allah serta bercirikan
nilai-nilai moral Islam.
Hubungan tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa:
Hubungan tamadun dengan
agama. Menurut kamus dewan, agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan
sifat-sifat, kekuasaan, penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Dari perfektif
barat, agama merupakan sebahagian dari kebudayaan yang lahir dari aktiviti
manusia dengan alam sekitar atau ketakutan kepada kuasa ghaib, kesan dari Zaman
Kegelapan meletakkan agama penyebab kemunduran dalma kehidupan manusia. Islam
meletakan hubungan yang amat erat di antara agama dan tamadun di mana kekuatan
sesebuah tamadun itu bergantung kepada kekuatan agamanya.
Hubungan tamadun dengan
budaya. Kedua-duanya adalah hasil
ciptaan manusia iaitu cara hidup dengan menggunakan akal untuk menggarap ilmu
dan pengetahuan. Keduanya berkaitan melalui ciri-ciri khusus kemajuan kehidupan
masyarakat yang meliputi aspek politik, ekonomi, kesenian, senibina, pakaian,
agama. Namun ia berbeza dalam dua keadaaan berikut, yang pertama, pengaruh dari
natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah
budaya. Contohnya, kesetiaan kepada Maharaja Jepun. Yang kedua, tamadun melampaui
batas kenegaraan sedangkan budaya dikaitan dengan negara atau wilayah tertentu.
Contohnya, budaya pakaian masyarakat Islam.
Hubungan tamadun dengan
bangsa. Kebanyakan tamadun merentasi bangsa seperti Tamadun Islam, Tamadun
Barat. Terdapat juga sesetengah tamadun untuk satu bangsa sahaja seperti
Tamadun Jepun.
Ciri-ciri tamadun:
Yang pertama ialah
penempatan kekal iaitu aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun kerana
manusia memerlukan tempat yang kekal bagi menjalankan kegiatan ekonomi dan
kemasyarakatan.
Yang kedua ialah
revolusi pertanian iaitu ciri ketamadunan sesebuah masyarakat adalah berdasarkan
kekayaan yang diperolehi dalam proses mengeksploitasi alam. Penciptaan alatan,
pengkhususan perkerjaan yang membawa kepada kemajuan.
Yang ketiga ialah sistem
politik dan pemerintahan yang teratur: Kelompok manusia memerlukan pemerintah bagi mencapai kemajuan
dalam ekonomi, pentadbiran dan politik.
Yang keempat ialah stratifikasi
dan organisasi sosial iaitu pengelasan masyarakat berdasarkan status. Oleh itu,
terdapat peraturan adat yang membezakan antara golongan atasan dengan bawahan.
Maka, orang bahawan berusaha mencapai kemajuan diri dabn mengubah status
mereka. Usaha ini membentuk suatu masyarakat yang maju.
Yang kelima urbanisasi
iaitu proses pembentukan pembandaran atau dikenali sebagai bandar yang
merupakan pusat kegiatan ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Kewujudan
bandar telah meningkatkan sesebuah tamadun itu.
Yang keenam ialah perkembangan
sains dan teknologi iaitu kemajuan yang selaras dengan perkembangan pengetahuan
dan pemikiran sesebuah masyarakat.
Yang ketujuh ialah
sistem tulisan iaitu sebagai penghantar maklumat yang membolehkan cacatan
perkara yang penting. Seterusnya, catatan ini tersebar luas ke dunia. Selain
itu, ilmu juga dapat dicatatkan dan diwarisi oleh generasi baru. Contohnya,
karya-karya, ilmu sains dan sebagainya.
Yang kelapan ialah
sistem agama dan kepercayaan. Pemikiran yang mengkehendakkan manusia supaya
beradab sopan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Ini telah meningkatkan
ketamadunan sesebuah tamadun itu.
No comments:
Post a Comment