ISLAM DALAM TAMADUN
MELAYU
Agama Islam menjadi asas utama
dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana
diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi
anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam
perkembangaImya, tamadun Melayu semakin man tap dengan kedatangan agama Islam
dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah
berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi
antara keduanya dalam tamadun Melayu.
Kedatangan Islam telah
menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya
sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah
Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsurunsur budaya
Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam
masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani,
intelektual dan kemasyarakatan.
Penerimaan Islam ke dalam
masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera. Tidak terdapat bukti
sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara
paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak
menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya,
peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara (Majapahit)
pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).
Islam datang ke Nusantara pad a
awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi
semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan
tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke
kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan
kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya,
Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan
sebagainya.
Secara keseluruhannya, Islam
telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara selepas itu. Contoh
yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara
terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti
pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama. Kesan perubahan ini
masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat
bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada
1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957 selain beberapa bahagian
wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas
itu.
Pengaruh Islam tetap bertapak dan
terus diasimilasi bersama-sama kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam
dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan
masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah
kepada anaknya; Sultan Alauddin Riayat Syah (Sejarah Melayu (ed), 1948: 140)
adalah seperti berikut:
“.. .hendaklah engkau berbuat
sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkan
harta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau
periksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... “
harta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau
periksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... “
Wasiat ini menjelaskan bahawa
ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup.
TEORI KEDATANGAN
ISLAM KE ALAM MELAYU
Pada umumnya terdapat tiga teori
utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah
Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para
sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran
Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam
pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:
Islam Datang Dari Tanah Arab
Di Tanah Melayu terdapat
bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah
Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah
telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh
Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari
Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).
Menurut satu catatan yang ditemui,
terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih'
telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini
dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi
(Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa
kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi
yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya
(Hashim Musa, 2001: 165).
Hubungan perdagangan telahpun
terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam
lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab
telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan
perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut
menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk
mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.
Islam Datang Dari India
Para sarjana seperti S.Q. Fatimi,
Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan
Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui
perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di
Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian
politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah
mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab
Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi
mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan
kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan
Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990
: 61).
Pendapat di atas dibuktikan
melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh
1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan
dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall,
1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam
dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.
Islam Datang Dari China
Menurut sejarah, Islam telah
sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650
Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar,
2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari
China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari
China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti
hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai
Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). '
Pada tahun 878 Masihi pula telah
berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing
terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang
melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti
Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang
pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China
pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).
Bukti kedatangan Islam dari China
dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China
yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka
membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China.
Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan
antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam,
bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman
pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak,
1990 : 65).
KESAN
DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Kedatangan Islam telah memberi
kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di
dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu
banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam
tamadun Melayu adalah seperti berikut:
Agama dan Kepercayaan
Kesan utama yang dibawa oleh
Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat
Melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme.
Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan
menitikberatkan soal persamaan tara£. Cara kehidupan mereka juga telah berubah
kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam
kehidupan mereka.
Kepercayaan dan agama merupakan
dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar
daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada
peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka
menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan
itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok,
sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu,
jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 :
26).
Islam mengubah pandangan
masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada
mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul,
malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat
seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.
Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan
sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.
Perubahan yang paling utama ialah
daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan
diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah
mengubah world view orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan
metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam
khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad
Uthman, 1977 : 185).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu
telah membawa banyak perubahan sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib
al-Attas sebagai mencetuskan suatu zaman baru. Perubahan yang dibawa merupakan
perubahan menyeluruh berteraskan as as tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan
berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' Alam Melayu ini. Ledakan tauhid
ini telah meninggalkan zaman kehidupan t Hinduisme dan Buddhisme yang tiba pada
abad ke-4 dan ke-5M, di mana perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui
jenis-jenis aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj. Md Aros, 2003 : 304).
Agama Islam di Melaka dihayati
oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar
Shah. Masyarakat Melaka telah reIa menerima agama Islam yang telah dianuti oleh
raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha pula untuk mengamalkan
serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya. Kegiatan
kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan penerimaan dan penghayatan
mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah,
kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan
seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah mula
mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika
itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul
Wahid, 1992 : 29).
Penyerapan ajaran Islam juga
berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang
Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Tauhid juga membuahkan kehidupan
beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik,
perundangan, pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga
lahirlah hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Pencipta.
Walau bagaimanapun,
kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak dihapuskan sama sekali. Sebagai
contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah: (Samri Sainuddin, 2004 :
38)
Kabul
aku menawar ubat pontianak si anu
Kabul
Allah
Kabul
Muhammad
Kabul
Baginda Rasulullah
Kabul
berkat guru La ila ha ilallah, Muhammadar Rasulullah
Mentera ini masih diamalkan oleh
masyarakat Melayu dalam perubatan. Ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Perubahan sosial berlaku dengan
adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek
pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi
unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf
sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s.
dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme
inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu
dan fahaman animisme (Abdullah Ishak, 1990 : 133-134).
Pendidikan
Islam membawa perubahan dalam
sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima
pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula
di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok
dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan
pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar
bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab. Golongan
pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui sistem pengajian ilmu
tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama Melayu yang menjadi
pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu
yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan
ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah banyak
menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
Dalam bidang intelektual dan
keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan
metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam.
Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan
baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta
memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal,
pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang
sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).
Kedatangan Islam membawa pengaruh
yang besar terhadap sistem pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan
berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat
penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempattempat lain yang digunakan
sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan
guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah
ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan
masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak
aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh
al-Nawawi.
Bersama dengan kedatangan Islam
di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di
Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M)
hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitu mengambil berat tentang
perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja berlaku di rumah-rumah,
masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan. Ulama-ulama asing
yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya seperti Makhdum Syed
Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah,
Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lainlain bukan sahaja dijadikan
sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial
di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak, 1990 : 142).
Bahasa Dan Kesusasteraan
Bahasa Melayu telah menerima
pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir
abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan
penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama
Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi
oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka
(1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan
puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap
perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai
nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad
ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan
setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila
masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan
ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan
Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih
penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat,
undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih
sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan
penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah digunakan
oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara faktor yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian
persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga
peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di
Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan
Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah
menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam
kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan
bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu
merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran
Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab
berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh
pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab
ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang
pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke
arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai
taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat
penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa
Melayu.
Kedatangan agama Islam juga telah
membawa perubahan yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak
hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat
Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan
Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang
dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung
Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agarna Islam
telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang
melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan
dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini
dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman
selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa
Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain
lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu
selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari
sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari
aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema,
bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan
karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi
turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu kalam, falsafah dan
sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi
oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri.
Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah,
Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.
Perundangan
Kedatangam agama Islam telah
mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan turut
mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat
Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan
ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya
sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun
didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah Islam datang dan tersebar
di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada
sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang
meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka.
Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut
dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan
undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat
yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).
Tradisi pemerintahan berdasarkan
perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini.
Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang
kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu.
Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah
dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah
syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan
keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka
adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam
negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang
wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat
seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping
berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah
sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang
tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah,
menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani
al-munkar". Terdapat juga undangundang yang berhubung dengan jenayah,
muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-undang
Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).
Politik Dan Pemerintahan
Kedatangan Islam telah memberi
perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan
sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam
didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara
institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu
kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan
masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi
melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Setelah Islam datang dan tersebar
di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah
berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan
dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik
Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat
dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika
syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas
penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang
menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada
manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang
yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.
Konsep dewaraja bertukar kepada
konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan
mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah
Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang
bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks
sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam
pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan
pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan
miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54).
Dari segi pentadbiran, kerajaan
Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam
urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama
Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran
dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan
Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkahlangkah yang
diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil termasuklah (Zulkefli
Haron, 2005: 81):
(a) Penghulu Bendahara
mempastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai berjadual,
perbelanjaan juga perlu berhemah.
(b)Bendahara menjadi penasihat
utama kepada sultan.
(c)Temenggung dilantik sebagai
Ketua Pasukan Keselamatan.
(d)Laksamana dilantik sebagai
Ketua Angkatan Tentera.
(e)Para pembesar membantu sultan
dalam pentadbiran.
(f)Syahbandar menguruskan
pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing.
Menurut sejarah, Kerajaan Melaka
telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu.
Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal
kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan,
Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka
mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar
berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit
dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang
kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).
Sistem Kekeluargaan
Kedatangan Islam telah
memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat
Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama,
berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi :
utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt dibantu untuk
komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah
mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat
yang baik.
Sistem kekeluargaan masyarakat
Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik
berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya sebaik sahaja
seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau
mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama
kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan
semangat Islam kepada bayi tersebut.
Proses sosialisasi pada tahap
kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan.
Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram
dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak
juga'diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga
diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam menjalani kehidupan seharian.
Kedatangan Islam ke Melaka telah
merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan,
didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di
dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan
syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan
dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul
Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita
yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).
Islam menyusun institusi
kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga sebagai asas kepada
kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang
bermaksud:
"Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."
Perkahwinan merupakan suatu
mekanisme pemeliharaan maruah dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa
berperanan penting dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah
menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan
didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah
dididik dengan ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang
tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah
menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam
telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam.
Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan
tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya
Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan
nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak selringga
berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman,
bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka.
Adat dan Cara Hidup
Tradisi animisme dan Hinduisme
telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu
itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup
masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam
masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun,
setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang
tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.
Adat adalah suatu perbuatan atau
perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangs a yang berkenaaf':.
Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undangundang hidup. Mereka mematuhi
adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap
sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan
sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat
resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata
menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat
Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat
Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula
diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat
Melayu juga telah mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau
ini. Selain daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah
mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.
Dalam proses sosialisasi
masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat
Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya.
Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:
I.
Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning,
hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih
II.
Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat
III.
Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam
al-Quran dan berzanji
IV.
Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat
V.
Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan
Perubahan yang jelas telah
berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan. Islam
telah mengatur kehidupan masyarakat agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung
dalam suasana aman dan harmoni. Islam telah merubah adat resam masyarakat
Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan
keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah
mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran
tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang
bersendikan agama menjadi amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun Melayu ada
menyebut:
Bunga cempaka baunya harum
Pelbagai kembang digubah indah
Adat bermula dengan hokum
Hukum bersandar di kitab Allah
Islam telah mengangkat taraf
manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah SWT. la membentuk suatu
sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati. Sejajar dengan realiti
tersebut, kedatangan Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula
mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan
ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara
kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi sifat hormat-menghormati,
bergotong-royong dan bantu-membantu.
MCD – Casino in California (Google Maps) - Dr.D.C.
ReplyDeleteMap. 영주 출장안마 MCD – 천안 출장샵 Casino in California 안동 출장마사지 (Google Maps). This map is created 경상남도 출장마사지 by creating an account on Google My 강릉 출장안마 Maps.