Friday 20 April 2012

BAB 3 : KONSEP TAMADUN ISLAM



Definisi Tamadun Menurut Islam
Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah memfokuskan perkataan ‘umran yang bermaksud kemajuan dan kemewahan dari dua aspek iaitu material dan spiritual, hadharah membawa maksud daerah, kota, bandar dan tanah halaman yang dimajukan untuk mencapai satu tahap yang kehadapan. Syed Muhammad Naquib al-Attas menerangkan keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Tamadun Islam berasaskan kepada unsur-unsur spiritual (al-Quran dan al-Hadis) telah didirikan bermula dari penurunan wahyu yang pertama.
Matlamat Tamadun Islam
Agama sebagai satu cara hidup dengan mencapai konsep al-Falah (kejayaan) dari sudut material dan spiritual. Konsep al-Falah dari 3 sudut iaitu Huquq Allah ( Hak Allah ), Huquq al-‘Ibad ( Hak Manusia ), Huquq al-‘Alam ( Hak Alam ). Sudut yang pertama, Huquq Allah ( Hak Allah ) pemikiran manusia adalah terbatas kerana ia makhluk yang lemah dan memerlukan bantuan berterusan termasuk menghayati kekuasaan Pencipta-Nya. Allah berhak menetapkan undang-undang dan member kebebasan kepada manusia memilih antara yang baik dan buruk. Sudut yang kedua, Huquq al-‘Ibad ( Hak Manusia ), manusia dikurniakan akal berbeza dari makhluk lain. Manusia perlu kepada pedoman menerusi wahyu dan sunnatullah bagi membuat pilihan yang tepat. Keputusan terhadap pilihanraya akan member natijah pada hari perhitungan kelak. Sudut yang ketiga, Huquq al-‘Alam ( Hak Alam ), alam amat penting terhadap kelangsungan kehidupan manusia yang harus dipelihara. Kecacatan kepada alam member implikasi berpanjangan terhadap manusia.



Sumber – sumber Tamadun Islam
Sumber yang pertama ialah sumber primer / a-Mathu adalah segala dasar Ilahi dan undang-undang di dalamnyha tidak berubah dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya oleh sesiapa iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Sumber yang kedua ialah sumber skunder / Ghair al-Mathu adalah sumber dari akal dan pemikiran manusia, namun ia masih dipimpin menerusi sumber-sumber primer. Keputusan sumber sekunder yang melangkaui sumber primer adalah ditolak sama sekali iaitu Ijma’ dan Qiyas.
Al-Quran Al-Karim
Kalam (ucapan) Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW untuk manusia seluruhnya dan mengandungi unsur-unsur mukjizat teragung serta diturunkan secara beransur-ansur. Ajaran ini merangkumi seluruh kehidupan dunia dan akhirat. Diturunkan beransur-ansur mengikut kesesuaian peristiwa selama 22 tahun supaya lebih mudah difahami, dilaksanakan, dihafal dan jawapan kepada persoalan yang timbul.
Al – Sunnah
Al-Sunnah bermaksud segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW ( Nabi Muhamad ) sama ada dari Qauliah (perkataan), Fi;liah (perbuatan), Taqrir (ikrar/pengakuan) dan sebahagian sarjana Islam menambah dengan sifat baginda juga. Ketika al-Quran masih diturunkan, Nabi Muhammad melarang penulisan al-Sunnah ditakuti bercampur dengan al-Quran dan ditakuti sahabat member penekanan lebih kepada al-Sunnah daripada al-Quran. Jenis-jenis al-Sunnah ialah Sunnah Qauliah (perkataan) yang bermaksud terbit daripada perkataan atau pertuturan Nabi SAW, sunnah Fi’liah (perbuatan) iaitu terbit menerusi perbuatan Baginda SAW, Takrir (pengakuan) iaitu persetujuan atau ketetapan baginda dalam bentuk lisan atau diam terhadap perbuatan sahabat tanpa melarang atau memprotes, sifat pula terbahagi kepada dua iaitu sifat akhlak dan sifat kejadian (fizikal).

Ijma’
Definisi Ijma’ ialah persepakatan semua ulama Islam Mujtahidin dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW pada satu-satunya zaman terhadap sesuatu hokum syarak. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu, Ijma’ Soreh (Persepakatan yang Nyata) yang membawa maksud persepakatan ulama’ Islam terhadap permasalahan secara jelas dan nyata terhadap sesuatu hukum. Ijma’ Sukuti (Persepakatan Majoriti) yamg membawa maksud persepakatan majority ulama’ Islam terhadap permasalahan dan sebahagiannya menyokong dengan mengambil sikap berdiam diri sahaja.
Qiyas
Menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dengan perkara lain yang telah dinyatakan hukumnya disebabkan ada persamaan antara keduanya dari segi ‘illah iaitu sifat. Contohnya, pengharaman dadah yang diqiyaskan dengan pengharaman arak yang kedua-duanya mempunyai sifat memabukkan.

No comments:

Post a Comment